Monday, October 6, 2008

BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ MUTMAINNAH

BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ MUTMAINNAH FASA 1


MUKADIMAH

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Allah S.W.T yang memberi kekuatan keimanan kepada mereka yang dipilih untuk menginfaqkan jiwa raga dan harta benda ke jalan Allah serta mempermudahkan usaha kita menyiapkan bangunan Tahfiz Mutmainnah fasa 1 Ini membuktikan betapa tidak sia-sianya sumbangan muslimin muslimat kepada pihak Tahfiz Mutmainnah ini .

Dalam suasana sedih dan sedar dengan keruntuhan umat dewasa ini , pihak kami merasakan perlunya didikan Islam yang sebenar untuk menyelamat akidah yang terpesong dibawa arus kemodenan dan kebendaan . Kepercayaan tuan/puan sekalian memberi keyakinan yang tinggi kepada kami dalam menunaikan amanah menyediakan keperluan umat dalam melahirkan para daie ( pendakwah ) dalam suasana umat yang semakin jauh dengan Islam .

Pada peringkat awal perancangan pembinaan Bangunan ini hanya untuk melaksanakan program Pendidikan Pra Sekolah ( Tadika Islam ) dan program-program Keagamaan seperti Kelas Fardu Ain , Kelas Al-Quran untuk umumi sahaja, tetapi memandang ruang lebih dan bagi menafaatkan lagi sumbangan Muslimin / Muslimat Jawatankuasa Pembinaan merancang dan Insyaallah akan menjadikan ianya sebuah Maahad Tahfiz . Namun begitu ianya juga terhad terhadap pengambilan Pelajar.

Memandangkan situasi ini pihak Jawatankuasa Pembinaan Tahfiz Mutmainnah bercadang membina satu lagi Fasa bagi mencapai matlamat melahir para pendakwah . Oleh itu dengan segala kekurangan yang ada pada kami pihak pentadbir dan pengurusan memerlukan sumbangan Tuan/Puan bagi menjayakan hasrat murni ini.


PENGENALAN

Tahfiz Mutmainnah insyaallah akan mula beroperasi pada awal tahun 2009 . Perancangan ini bermula apabila bangunan pada asalnya hanya untuk dimanafaatkan sebagai Pusat Asuhan Tunas Islam ( Tadika Islam ) , kelas fardu Ain dan kelas umumi ( Pengajian Islam ) bagi penduduk setempat . Pembinaannya secara gotong royong dan berkat kesungguhan dan sumbangan orang ramai , bangunan ini telah siap di bina .

Pada peringkat permulaan pengambilan pelajar adalah terhad , namun dalam suasana masyarakat yang dahagakan Ilmu Islam , pihak Jawatankuasa Tahfiz Mutmainnah merasakan ianya perlu kepada penambahan tempat dan suasana yang lebih selesa bagi memenuhi hasrat masyarakat yang ingin melihat generasi yang akan datang ialah generasi Al-Quran .

PLAN BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ MUTMAINNAH FASA 2









Pihak Pengurusan telah membeli sebidang tanah bagi mencapai matlamat dan hasrat murni ini. Namun hasrat ini tidak tercapai sekiranya tanpa sumbangan dari tuan/puan.

ANGGARAN TAHFIZ MUTMAINNAH

RM 1,000,000.00 ( Ringgit Malaysia Satu Juta )

Nama Akaun : Tahfiz Mutmainnah
Maybank Sungai Petani .
No Akaun : 552059703378
TEL: 019-4736060 UST SHAHRIR LONG

AHLI JAWATANKUASA

1. Pengerusi Ust. Sharir Long
2. Tim. Pengerusi Hj. Nazlin b. Choh
3. Setiausaha Mohd Latfee b. Osman
4. Bendahari Mohd Hafiz b. Sharir
5. Ajk Ishak b. Mat Ali
6. Ajk Ahmad b. Man
7. Ajk Hj. Osman b. Hj. Ahmad
8. Ajk Hj. Abdul Ghafar b. Abdullah
9. Ajk Abd. Rahim b. Wahab
10. Ajk Abd. Halim b. Embee
11. Ajk Ahmad Tarmizi b. Talib

12. Ajk Mohd Nazri b. Yaacob

1 Comments:

At January 29, 2022 at 5:59 AM , Anonymous Anonymous said...

Baccarat - the ultimate guide to winning - worrione.com
What are the advantages and disadvantages of Baccarat? worrione — If you have a febcasino good reason to try it, then it is a great 1xbet korean way to discover why Baccarat is a wonderful game to play in a

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home