Sunday, October 5, 2008

PENGAMBILAN PELAJAR

Keterangan Lanjut Hubungi:-

019-4807549 ( Ustaz Hamzah ) Mudir
013-4202206 ( Ustaz Amri Nasron )
013-4330910 ( Ustaz Adnan Embee )
013-5932876 ( Sdr. Mohd Latfee b.Osman )


Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Allah mengangkat kedudukan orang-orang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan itu beberapa darjat ketinggian . Dan ( ingatlah ) Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”

( Al-Mujadalah 58 : 11 )

PENGENALAN

Tahfiz Mutmainnah akan memulakan sesi pengajian yang pertama bermula Januari 2009.Dalam suasana sedih dan sedar dengan keruntuhan umat dewasa ini , pihak kami merasakan perlunya didikan Islam yang sebenar untuk menyelamat aqidah yang terpesong dibawa arus kemodenan dan kebendaan . Kepercayaan tuan/puan sekalian memberi keyakinan yang tinggi kepada kami dalam menunaikan amanah menyediakan keperluan umat dalam melahirkan para daie ( pendakwah ) dalam suasana umat yang semakin jauh dengan Islam .

Konsep Pengajian berdasarkan
الجمع بين القديم الصالح والجديد النافع
Iaitu dengan cara menghimpunkan sistem lama yang berkesan dan sistem baru yang bermanfaat.

SISTEM PENGAJIAN

Sistem Pengajian dibahagikan kepada :

1. Sistem pengajian Tahfiz
Waktu Pengajian :
Selepas Solat Subuh – 8.00 pagi

2. Sistem Diniah ( Menggunakan Bahasa Arab )
Waktu Pengajian :
9.00 pagi – 12.30 tengahari

3. Sistem pengajian Umumi iaitu berbentuk
Halaqah yang akan dijadualkan.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Kelas
Asrama
Kaunseling dan bimbingan


MATA PELAJARAN

TAHUN 1

Tafsir
Nahu Sorof
Bahasa Arab
Hafalan
Hadis
Akhklak
Aqidah
Bahasa Inggeris
Fekah
Komputer

TAHUN 2

Tafsir
Nahu Sorof
Bahasa Arab
Hafalan
Hadis
Akhlak
Aqidah
Bahasa Inggeris
Fekah
Komputer

TAHUN 3

Tafsir
Mustolah Hadis
Bahasa Arab
Hafalan
Hadis
Ulum Al-Quran
Fekah
Bahasa Inggeris
Nahu Sorof
Komputer

TAHUN 4

Tafsir
Mustolah Hadis
Bahasa Arab
Hafalan
Hadis
Nahu Sorof
Fekah
Bahasa Inggeris
Usul Fekah
Komputer

PAKAIAN

Pakaian waktu Kelas

Berjubah Putih dan Berkopiah Putih

Pakaian Yang dilarang
( luar kelas )

Pakaian bercorak & bertulis yang tidak senonoh
Pakaian yang menjolok mata
Pakaian yang mendedahkan aurat


KEPERLUAN ASRAMA

- Kain Selimut
- Tuala
- Kain basahan
- Selipar


SYARAT KEMASUKAN

1. Lepasan UPSR ( 13 tahun )
2. Mahir Al-Quran dan Jawi
3. Sedia mematuhi segala peraturan-peraturan
4. Lulus Ujian Kelayakan

Setiap pemohon hendaklah mengisi borang dengan lengkap dan menyertakan :

1. Empat keping gambar berukuran K/P
2. Salinan kad pengenalan
3. Rekod atau Sijil Sekolah terdahulu

YURAN DAN BAYARAN

Pendaftaran Tahunan RM 100.00
Yuran Bulanan RM 100.00
Yuran Asrama RM 200.00
Kitab, Buku RM 150.00
Yuran Peperiksaan RM 50.00

VISI

Melahirkan Para Daie ( Pendakwah ) yang berani berkata benar berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.


MISI

Berusaha melahirkan para Pelajar dan Pendakwah yang Beriman , berilmu , beramal dan ikhlas dalam menyampaikan risalah Allah dan Rasul .


Firman Allah SWT yabg bermaksud
“ Apakah orang yang patuh menjalankan kewajipannya selama beberapa waktu pada malam hari, dengan sujud dan berdiri , memelihara dirinya terhadap hari kemudian dan mengharap kurnia Tuhannya ( sama dengan orang yang durhaka kepada Tuhan ) ? Katakanlah : Samakah orang-orang yang berpengetahuan dengan orang-orang tidak berpengetahuan ? Hanyalah orang-orang yang berakal dapat mengerti”.

(Az-Zumar 39 : 9 )



MAKLUMAT PEMOHON


Nama Pemohon : ………………………………………

……………………………………………………………

Alamat : …………………………………………………

……………………………………………………………

Tarikh Lahir : ……………………………………………

No. Sijil Kelahiran : ……………………………………

Nama Bapa / Penjaga : ………………………………

…………………………………………………………

No. Kad Pengenalan : ………………………………

Pekerjaan : ……………………………………………

Pendapatan : …………………………………………

Tel ( Rumah ) : ……………………………………….

H/P : ……………………………………………………


……………………………….. Tarikh …………….
Tandatangan bapa/penjaga


Perhatian :
Borang permohonan hendaklah dihantar kepada

TAHFIZ MUTMAINNAH
LOT 107 & 108 KAMPUNG BARU PERMATANG BERANGAN , 08000 SUNGAI PETANI , KEDAH.

Sebelum atau pada 30 November 2008 .


TEMPAT TERHAD

1 Comments:

At March 5, 2022 at 12:45 AM , Blogger madhursacre said...

casino games nba odds and odds 2021 - DRMCD
The latest video 춘천 출장마사지 poker odds and lines 구미 출장안마 of 제주도 출장안마 the biggest poker games with the best odds! Get closer 전라북도 출장안마 to the 동해 출장안마 action with all your money.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home